Akhirnya, lagu solo Jung-kook “Seven” telah dilancarkan!
Terbaru pada 14 Julai, HYBE telah melancarkan MV Jung-kook (feat. Latto) “Seven”, menampilkan Han So-hee sebagai pelakon wanita dalam video tersebut.
Menarik perhatian, Jung-kook dan Han So-hee memainkan peranan sebagai pasangan kekasih yang sedang bergaduh namun menemui kebahagiaan di penghujungnya.
Khususnya, ramai peminat dan netizen seronok melihat keserasian romantik antara kedua mereka dalam MV tersebut dan ada juga yang memuji lakonan mereka.
Sementara itu, “Seven” telah menjadi muzik video K-Pop terpantas cecah 1 juta sukaan di YouTube, iaitu hanya dalam 29 minit!
Menerusi Twitter, netizen telah meninggalkan komen seperti,
Dia sangat bagus dan cantik. Han So-hee adalah satu-satunya pelakon yang sesuai untuk MV ini.
Keserasian mereka memang sangat mantap! Saya suka video ini.
Vibes mereka memang sesuai!
Babak Jung-kook dalam keranda adalah sangat kelakar!
Haa apa komen korang pula?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉