Ikuti Kami:

B.I Bakal Lawat Malaysia Dengan Konsert 2024 TOUR ‘HYPE UP’ IN KL Pada Jun Ini

B.I Bakal Lawat Malaysia Dengan Konsert 2024 TOUR ‘HYPE UP’ IN KL Pada Jun Ini

Peminat B.I, ada berita baik untuk korang!

Menerusi pengumuman Lo-Fi Entertainment di platform media sosial mereka, B.I bakal mengadakan konsert 2024 TOUR “HYPE UP” IN KL pada 30 Jun 2024 (Ahad) nanti. Tiket mula dijual pada hari Isnin, 6 Mei jam 12 tengah hari melalui www.ticketingtix.com.

Dilahirkan sebagai Kim Han-bin, B.I menjadi terkenal sebagai bekas ketua kumpulan idol iKON sebelum muncul semula sebagai penyanyi solo pada tahun 2021 di bawah label 131, yang turut diasaskannya, dengan album single “Midnight Blue (Love Streaming)”, kemudian dia juga menyalurkan sumbangan kepada World Vision untuk menyokong kanak-kanak dalam krisis.

Penyanyi yang popular dengan lagu solo seperti ‘BTBT’, ‘Loved’, ‘illa illa’, ‘Keep Me Up’, dan banyak lagi akan menghiburkan peminat tempatan dengan persembahan hebat di Mega Star Arena, Sungei Wang, Kuala Lumpur bermula jam 6 petang.

Dia juga dikenali sebagai penulis lagu dan penerbit, B.I ialah ahli Persatuan Hak Cipta Muzik Korea dengan lebih daripada 100 lagu didaftarkan di bawah namanya, yang kreditnya termasuk Blackpink dan Psy, antara nama besar lain dalam K-pop. Berikut adalah kategori tiket dan keistimewaan untuk peminat yang menonton konsert B.I 2024 Tour “HYPE UP” in Kuala Lumpur dan harga tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4:

  • HYPE Zon– RM788
    (Faedah Untuk Peminat: Menonton B.I buat soundcheck, 700 peminat bertuah dapat bergambarz dengan B.I secara berkumpulan seramai 20 orang untuk setiap sesi, 700 peminat berpeluang Hi-Touch dengan B.I, 60 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, 50 peminat bertuah bakal mendapat album B.I yang bertandatangan, poster rasmi.)
  • UP Zon – RM688
    (Faedah Untuk Peminat: 150 peminat bertuah dapat bergambar dengan B.I secara berkumpulan, setiap sesi 20 orang, 150 peminat berpeluang Hi-Touch dengan B.I, 20 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, 50 peminat bertuah bakal mendapat merchandise B.I yang bertandatangan, poster rasmi.)
  • BE Zon – RM538
    (Faedah Untuk Peminat: 20 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, poster rasmi.)
  • IDENTITY Zon – RM338

bi

Sila ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram dan Facebook untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini.

Yes!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...