Ikuti Kami:

“Cari Rumah Sewa Ke Tu?” – Peminat Terserempak B.I Berjalan Di Taman Perumahan Di Selangor

“Cari Rumah Sewa Ke Tu?” – Peminat Terserempak B.I Berjalan Di Taman Perumahan Di Selangor

Seronok tak sesiapa yang sempat ke ‘Grand Wave K-Pop Festival’ di Sunway Lagoon semalam?

Disertai oleh ramai artis K-Pop seperti Park Bom, Chen EXO, Shaun, Hyoyeon Girls’ Generation, Youngjae GOT7, B.I. dan ramai lagi, rata-ratanya bergembira memandangkan konsert K-Pop sudah mula membuka langkahnya di Malaysia selepas wabak COVID-19.

Walau bagaimanapun, bukan sahaja dapat melihat B.I. di festival itu namun ada yang terserempak lelaki itu di sebuah taman perumahan di sekitar Selangor sehari selepas konsert berkenaan. Apa?

Terbaru, seorang individu di TikTok di bawah akaun bernama jane.rayy telah berkongsi satu video di mana dia berjumpa B.I. sedang berjalan-jalan tanpa sengaja.

Rata-rata yang melihat komen itu meluahkan rasa keliru dengan situasi tersebut namun tidak dapat menahan rasa cemburu dek tuah gadis berkenaan,

bi malaysia

Untungnya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...