Ikuti Kami:

“Ayah Saya Takkan Tengok..” – Chae Soobin Ulas Babak Intim Dengan Minho Dalam ‘The Fabulous’

“Ayah Saya Takkan Tengok..” – Chae Soobin Ulas Babak Intim Dengan Minho Dalam ‘The Fabulous’

Ada tak yang dah layan drama “The Fabulous” di Netflix?

Bagi yang belum, drama hyper-realistik “The Fabulous” memaparkan cerita impian, cinta dan persahabatan anak muda yang mengabdikan diri untuk industri fesyen di mana ‘fashion’ dibaca sebagai ‘passion’ (keghairahan). Ianya diterajui Choi Min-ho dan Chae Soo-bin.

Terbaru, Chae Soo-bin telah terlibat dengan satu temu bual khas bagi berkongsi sedikit sebanyak mengenai drama tersebut.

Khususnya, adegan ciuman dan babak intim bersama Min-ho dalam “The Fabulous” telah menjadi topik hangat dalam kalangan penonton. Mengenai ini, Chae Soo-bin berkata,

Babak itu tidak dirakam pada bahagian akhir penggambaran, jadi ia agak janggal. Saya telah merakam adegan ciuman yang cantik di jalanan, tetapi ini adalah kali pertama saya merakam adegan ciuman yang begitu ghairah di dalam rumah, jadi saya pun malu untuk menontonnya pada mulanya. Tetapi pengarah banyak membantu.

netflix the fabulous

Kemudian apabila ditanya tentang reaksi keluarganya, Chae Soo-bin berkongsi,

Ayah saya tidak pernah menonton adegan cium saya. Dia tidak berpuas hati dengan mereka. Dia sentiasa melihat projek saya tetapi mengalihkan pandangan apabila saya mencium seseorang. Tetapi ibu dan kakak saya nampaknya seronok menontonnya.

Best tak korang drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...