Ikuti Kami:

“5 Jam Berlatih” – Choi Minho Akui Risaukan Babak Intim Dengan Chae Soobin Dalam ‘The Fabulous’

“5 Jam Berlatih” – Choi Minho Akui Risaukan Babak Intim Dengan Chae Soobin Dalam ‘The Fabulous’

Siapa yang menonton “The Fabulous”, pastinya terperanjat melihat ‘keserasian’ antara Choi Min-ho dan Chae Soo-bin pada permulaan cerita kan?

Dalam sebuah temubual baru-baru ini, Choi Min-ho yang membawa watak Ji Woo-min itu berkongsi mengenai perasaan melakonkan babak ‘hangat’ pertama sejak awal pembabitannya dalam dunia lakonan.

Akui risau dengan pandangan rakan lain, ahli SHINee itu mendedahkan bahawa dia tidak pasti bagaimana mahu mengekspresikan babak tersebut,

Saya berasa risau kerana tahapnya yang tinggi pada awalnya. Saya khuatir bagaimana mahu membawanya.

choi minho the fabulous

Jelasnya lagi,

Pengarah banyk bersedia dan Soo-bin juga sangat bertimbang rasa, jadi saya mampu merakamnya dengan baik. Bahagian yang paling susah ialah rantai mutiara. Ianya perlu putus dengan dramatik tapi disebabkan ianya bertali, butir-butir mutiara itu jatuh bertebaran. Ianya mungkin menyakitkan, jadi saya kerap meminta maaf.

Tambah Choi Min-ho,

Saya merakamkan babak itu hampir 5 jam. Ianya mungkin agak memalukan, tapi saya merasakan saya telah melakukan yang terbaik di set bagi mengelakkan perasaan itu.

choi minho the fabulous

Dalam pada itu, lelaki ini turut mengakui bahawa dia agak kekok apabila perlu menari di kelab dalam keadaan tidak berbaju namun berjaya melakonkannya selepas seketika itu.

Untuk pengetahuan, drama hyper-realistik “The Fabulous” memaparkan cerita impian, cinta dan persahabatan anak muda yang mengabdikan diri untuk industri fesyen di mana ‘fashion’ dibaca sebagai ‘passion’ (keghairahan).

Dah besar dah Min-ho!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...