Setelah lama tertangguh, akhirnya “The Fabulous” mula bersiaran di Netflix beberapa hari lalu.
Bagi berkongsi kegembiraan, KimchiDaily sempat menyertai sidang media khas buat siri ini yang berlangsung pada minggu lalu dan mengorek pelbagai kisah mengenainya.
Sinopsis
Romantik hyper-realistik, “The Fabulous” memaparkan cerita impian, cinta dan persahabatan anak muda yang mengabdikan diri untuk industri fesyen di mana ‘fashion’ dibaca sebagai ‘passion’ (keghairahan).
Singkap belakang tabir dunia fesyen
Membawa watak Ji Woo-min iaitu seorang jurugambar fesyen yang tiada keghairahan buat kerjayanya, Choi Min-ho menjelaskan pandangan pertama selepas membaca skrip “The Fabulous”,
Saya tertarik dengannya. Saya boleh memahami kerana ia kisah mengenai industri fesyen tapi dalam masa yang sama, ianya memaparkan dengan baik mengenai bidang itu di mana saya turut terlibat dengannya kini. Jadi, saya menanam harapan dan memikirkan sendiri bahawa saya akan lakukan terbaik untuk membawa watak ini.
Persahabatan jadi pertaruhan
Bukan sahaja membawa kisah cinta, namun tema persahabatan turut menjadi fokus utama siri 8 episod ini, ulas Chae Soo-bin yang membawa watak Pyo Ji-eun iaitu seorang pegawai perhubungan jenama terkenal,
Saya merasakan fokus utama ‘The Fabulous’ ia bukan sahaja menekankan keserasian empat protagonis utama namun ianya turut memaparkan lokasi dan tempat tarikan glamor seperti jalan fesyen di Seoul dan lain-lain.
Penuh OOTD
Atas sebab ia bertemakan fesyen, penonton boleh menjangkakan pelbagai OOTD ‘curlass’ sepanjang siri ini. Bahkan ramai pakar fesyen dipanggil bagi mereka visual terbaik untuk “The Fabulous” termasuklah tatarias, penggayaan dan pereka fesyen seperti pemenang program survival ‘Next In Fashion’ iaitu Minju Kim, Jaybaek Couture, LEE y.Lee, YCH dan Doucan.
Mesej buat anak muda
Dalam pada itu, ahli SHINee itu sempat meninggalkan pesan buat anak muda dalam lingkungan umur 20-an ke 30-an,
Saya juga menjalani hidup dengan garang semasa 20-an dan menyambut 30-an dengan menruskan hidup sepenuhnya pada saban hari. Buat semua, terus ke hadapan tanpa berhenti!
Bagi yang belum menonton, “The Fabulous” sudah pun ditayangkan di Netflix kini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.