Ikuti Kami:

Ayah Miliki Pusat Hiburan Dewasa & Bukan Doktor Gigi Seperti Didakwa? Ini Respon Agensi FreeZia

Ayah Miliki Pusat Hiburan Dewasa & Bukan Doktor Gigi Seperti Didakwa? Ini Respon Agensi FreeZia

Semakin banyak kisah peribadi FreeZia ataupun Song Ji-a yang dibongkarkan umum sejak kebelakangan ini.

Hanya kerana personaliti media sosial itu kerap menggunakan barangan berjenama palsu namun mengakuinya sebagai yang tulen, netizen sepertinya sudah berpaling tadah terhadap wanita itu.

Walaupun telah memuat naik video permohonan maaf dan mengakui kesalahannya namun semakin banyak khabar angin yang menyelubungi wanita itu. Khabarnya, FreeZia memilih untuk memuat naik video itu kelmarin (25 Januari) adalah kerana pendapatan YouTube yang diterima pada 24 haribulan dan dia bertindak meletakkan semua video dalam mod privasi hanya selepas menerima pembayaran itu.

freezia

Dalam pada itu, seorang bekas wartawan yang bergerak sebagai YouTuber kini mendedahkan bahawa ayah FreeZia yang dicanang sebagai seorang doktor gigi sebelum ini sebenarnya merupakan pemilik pusat hiburan dewasa.

Selepas pelbagai khabar angin ini berterbangan, agensi FreeZia akhirnya memberikan respon mereka,

Kami tiada apa-apa untuk dikatakan.

Macam-macam…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...