Sedar tak sedar, dah tamat rupanya drama “Missing Croen Prince”.
Dalam sebuah temubual istimewa, Suho EXO iaitu teraju utamanya telah menjawab beberapa soalan mengenai drama berkenaan.
Drama yang bermula dengan rating 1% sahaja telah bersiaran hingga 20 episod dengan mencapai rekod tertinggi 5.1%, menunjukkan peningkatan yang signifikan hingga dan berakhir dengan cemerlang.
Meskipun bersaing dengan drama popular seperti “Queen Of Tears” pada ketika itu, ianya terbukti popular dalam kalangan peminat drama bersejarah. Ulas Suho,
Saya berpuas hati kerana saya telah melakukan yang terbaik dalam karya kali ini.
Untuk pengetahuan, ia mengisahkan tentang seorang putra raja yang menjadi pelayan untuk wanita yang akan menjadi ratu.
Korang dah habis layan ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.