Ikuti Kami:

Meski Ada Suho EXO, Episod Awal ‘Missing Crown Prince’ Raih Rating 1% Sahaja

Meski Ada Suho EXO, Episod Awal ‘Missing Crown Prince’ Raih Rating 1% Sahaja

“Missing Crown Prince” mengalami penurunan kecil dalam rating penonton selepas tayangan dua episod awal.

Menurut Nielsen Korea, episode kedua drama MBN ‘”Missing Crown Prince” yang disiarkan sehari sebelumnya mencatatkan 1.0% untuk bahagian pertama dan 1.1% untuk bahagian kedua berdasarkan kiraan rumah berbayar di serata negara.

Dibandingkan dengan rating 1.5% pada episod pertama ditayangkan, terjadi penurunan sekitar 0.4%, lantas drama ini sepertinya kekal dalam lingkungan 1% buat masa ini.

missing crown prince

‘Sejarah Sang Putera’ (ditulis oleh Kim Ji-soo Park Cheol dan disutradarai oleh Kim Jin-man) adalah drama komedi romantis era Joseon yang mengisahkan tentang seorang putra raja yang menjadi pelayan untuk wanita yang akan menjadi ratu. Selain Suho EXO, drama ini turut dibintangi Hong Ye-ji, Myung Se-bin, Kim Joo-hun, dan Kim Min-kyu.

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Today

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...