Ikuti Kami:

“Awak Tak Selesa Dengan Saya Kan?” – 12 Tahun Kenal, Persoalan Song Jihyo Buat Haha Keliru

“Awak Tak Selesa Dengan Saya Kan?” – 12 Tahun Kenal, Persoalan Song Jihyo Buat Haha Keliru

Disebabkab hubungan yang rapat, sudah pasti akan ada momen pelik di antara ahli “Running Man”.

 Sama juga dengan keadaan yang dilalui Haha dengan Song Ji-hyo dalam episod terbaru “Running Man”.

Semasa sedang menantikan misi bermula, Haha sempat bercerita mengenai situasi pelik yang dilaluinya bersama Song Ji-hyo semasa di dalam bas,

Nak dengar satu cerita yang menyeramkan tak? Semasa dalam bas berdua, Song Ji-hyo tiba-tiba bertanya, sambil berbaring, ‘Awak tak selesa dengan saya kan?’

song jihyo haha

Tanya Haha keliru,

Selepas 12 tahun kenal, apakah maksudnya?

Kemudiannya mereka memainkan audio ketika situasi tersebut berlaku. Tanya wanita itu,

Awak tak selesa dengan saya ke?

Balas Haha terkejut,

Saya? Kenapa? Awak tak selesa dengan saya ke?

song jihyo haha

Balasnya,

Saya okay je. Tiba-tiba terfikir mengenainya.

Marah Haha,

Awak ni gila.

Song Ji-hyo kemudiannya mengatakan bahawa dia sekadar bertanya tanpa sebarang maksud, balas Haha,

Awak ada terdengar suara hantu ke?

song jihyo haha

Yoo Jae-suk berseloroh dan mengatakan bahawa dia berasa tak selesa dengan Ji Suk-jin sekaligus membuatkan seluruh set ketawa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...