Ikuti Kami:

“Saya Dah 5 Tahun Tak Bercinta!” – Pengakuan Jeon Somin Jadi Perhatian

“Saya Dah 5 Tahun Tak Bercinta!” – Pengakuan Jeon Somin Jadi Perhatian

Memang seronok dapat melihat ahli lelaki mengusik mengenai hubungan cinta Jeon So-min.

Dalam episod terbaru “Running Man”, Jeon So-min yang menyertai Yoo Jae-suk menyanyi sekali secara tiba-tiba didakwa sering ke karaoke. Kata lelaki itu,

Awak ke karaoke kan? Saya yakin 100%. Tiada sebab untuk awak berharmoni bersama saya begini.

Jeon So-min turut tersedak air kopi yang diminumnya dek diasak soalan cepumas ahli lain,

Awak pergi dengan siapa? Awak ada teman lelaki kan?

yoo jaesuk

Bantah Yoo Jae-suk,

Jangan tanya, jangan selongkar. Jangan sibuk sekiranya So-min bercinta ataupun tak.

Jawab Jeon So-min,

Saya tak bercinta dengan sesiapa tapi ada ketika awak semua menghalang saya dari bercinta. Ada yang mungkin berminat tapi tak mampu mendekati selepas melihat rancangan ini.

Sampuk Yoo Jae-suk,

Kami rapat dengan So-min dan Ji-hyo, sebab itu mereka mungkin terbeban dengan kami.

jeon somin

Celah Kim Jong-kook pula,

Cukup anda ketahui bahawa sekiranya bercinta dengan So-min, hubungan rahsia adalah tak dibenarkan.

Walaupun pelakon wanita itu mengatakan bahawa dia mungkin hanya bercinta secara biasa, bantah Haha,

Awak hanya boleh pegang tangan pada hari ke-100. Bercium pula hanyalah selepas kalian bercinta lebih setahun.

jeon somin

Jeon So-min yang tidak mampu menahan terus meletup,

Hentikannya! Sebab ini saya tidak bercinta selama 5 tahun.

Kesian Jeon So-min..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...