Korang tahu tak Yoona Girls’ Generation dan Lee Jun-ho 2PM akan berkolaborasi?

Terbaru, 2022 MBC Music Festival berkongsi beberapa teaser yang menunjukkan Yoona dan juga Lee Jun-ho menghubungi satu sama lain melalui satu panggilan video. Dalam video itu, Lee Jun-ho bertanya kepada Yoona,
Awak tak lupa kan tarikh 31 Disember?
Yoona juga menjawab bahawa dia tidak melupakan tarikh itu kerana mereka berdua akan berjumpa. Yoona juga menyambung dengan berkata,
Kalau ikutkan kepada sambungan daripada tahun lepas, awak tak rasa ke kita ada persembahan lagi satu yang perlu kita lakukan? Kamu dah bersedia?
Ha…. bersedia untuk persembahan apa ya agak-agak?
Nantikan 31 Disember ini tau!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.