“Awak Seorang Yang Hebat” – Jisoo BLACKPINK Kongsi Kenangan Bersama Mendiang Kim Misoo
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Sepertinya Jisoo BLACKPINK masih terkenangkan mendiang Kim Mi-soo meskipun sudah beberapa minggu meninggalkan dunia ini.
Mencipta hubungan yang rapat semasa penggambaran “Snowdrop”, Jisoo telah memuat naik sebuah entri khas di Instagram Story baru-baru ini kerana teringatkan kisah yang berlaku antaranya dan Kim Mi-soo,
Misi kakak Mi-soo yang mahu menyarungkan seluar nenek dan melawat (Jung Hae-in) selesai! Dia merupakan seseorang yang mampu membuatkan orang lain tersenyum kerana keunikannya.

Tambah Jisoo lagi,
Saya menentang awalnya namun kakak berjaya membuatkan semua melakukannya. Seperti disangka, kakak ialah seorang yang hebat. Saya sayang awak. Saya harap awak tersenyum sekarang.
Untuk pengetahuan, Kim Mi-soo menghembuskan nafas yang terakhir pada 5 Januari namun tidak diumumkan punca kematian sebenarnya. Mendiang pernah muncul dalam drama seperti “Hi Bye, Mama!”, “The School Nurse Files”, “Into The Ring” dan baru sahaja menamatkan penggambaran untuk “Snowdrop”.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




