Ikuti Kami:

“Awak Salin Je Kan?”- Dikecam Tidak Ikhlas Tulis Surat Buat Peminat, JooE MOMOLAND Beri Respon

“Awak Salin Je Kan?”- Dikecam Tidak Ikhlas Tulis Surat Buat Peminat, JooE MOMOLAND Beri Respon

Macam tak percayakan kumpulan MOMOLAND dibubarkan.

Baru-baru ini, salah seorang ahli kumpulan MOMOLAND iaitu JooE telah memuat naik satu komen berbaur negatif di Instagram Story miliknya.

Komen yang dimuat naik oleh JooE itu berkata,

Awak hanya salin apa yang diberikan kan? 

JooE momoland

Respon penyanyi itu,

Kesemua ahli menulisnya bersama selepas berbincang kerana makna dan kejujuran yang ingin disampaikan buat peminat adalah sama.

Berikut adalah isi kandungan surat yang ditulis oleh ahli kumpulan MOMOLAND,

Pertama sekali, kami memohon maaf kepada ‘Merries’ (kelab peminat MOMOLAND) yang melihat berita ini melalui artikel. Kami benar-benar memohon maaf atas respon yang lewat.

Selepas perbincangan yang panjang dan mendalam, kami berenam telah memutuskan untuk menyokong satu sama lain dengan memulakan permulaan baharu yang hebat pada masa hadapan.

Walaupun kami telah memutuskan untuk mengambil jalan kami sendiri ke arah impian masing-masing, kami sebagai MOMOLAND akan sentiasa menjadi satu pasukan.

Kami dengan tulus berterima kasih kepada ‘Merries’ yang dikasihi kerana memberikan kami kenangan berharga dan berada di sisi kami selama tujuh tahun . Awak semua telah dan akan menjadi segala-galanya bagi kami.

Kami amat kesal kerana tidak dapat memberitahu awak lebih awal, tetapi kami tetap berterima kasih kepada setiap orang yang telah menunggu kami dengan sabar.

Melangkah ke hadapan, sila terus menyokong dan menyayangi MOMOLAND dan perjalanan setiap ahli.

Terima kasih.

JooE momoland

Walaupun detik pembubaran itu sukar bagi kumpulan tersebut dan juga peminat mereka, tetapi ada segelintir netizen menyatakan keraguan mereka terhadap kandungan yang sama sahaja bagi setiap ahli.

Untuk pengetahuan, kumpulan MOMOLAND ini terkenal dengan lagu mereka iaitu “BBoom BBoom, “BAAM” dan banyak lagi.

Kita fikir yang baik-baik je.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...