Ikuti Kami:

Popular Dengan Lagu ‘BBoom BBoom’, MOMOLAND Umum Bakal Bubar

Popular Dengan Lagu ‘BBoom BBoom’, MOMOLAND Umum Bakal Bubar

Nampaknya, semua ahli MOMOLAND telah memilih untuk membawa haluan masing-masing.

Terbaru pada 14 Februari, kesemua enam ahli MOMOLAND iaitu Hye-bin, Jane, Na-yun, JooE, Ah-in dan Nancy telah menulis surat tulisan tangan dalam bahasa Korea dan Inggeris, mengumumkan kepada orang ramai mengenai pembubaran mereka.

Berikut adalah mesej yang ditulis,

Pertama sekali, kami memohon maaf kepada ‘Merries’ (kelab peminat MOMOLAND) kami yang melihat berita ini melalui artikel. Kami benar-benar memohon maaf atas kemas kini yang lewat.

Selepas perbincangan yang panjang dan mendalam, kami berenam telah memutuskan untuk menyokong satu sama lain dengan memulakan permulaan baharu yang hebat pada masa hadapan.

Walaupun kami telah memutuskan untuk mengambil jalan kami sendiri ke arah impian kami, kami sebagai MOMOLAND akan sentiasa menjadi satu pasukan.

Kami dengan tulus berterima kasih kepada ‘Merries’ yang dikasihi kerana memberikan kami kenangan berharga dan berada di sisi kami selama tujuh tahun yang lalu. Awak semua telah dan akan menjadi segala-galanya bagi kami.

Kami amat kesal kerana tidak dapat memberitahu awak lebih awal, tetapi kami tetap berterima kasih kepada setiap orang yang telah menunggu kami dengan sabar.

Melangkah ke hadapan, sila terus menyokong dan menyayangi MOMOLAND dan laluan setiap ahli.

Terima kasih.

momoland

Untuk pengetahuan, MOMOLAND debut pada 2016 dengan lagu “Jjan! Koong! Kwang!”. Antara lagu mereka yang paling popular adalah “BBoom BBoom”, “BAAM” dan banyak lagi.

Selamat maju jaya buat semua ahli MOMOLAND..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...