Ikuti Kami:

“Awak Okay Tak?” – Penonton Tersentuh Lihat Song Jihyo Jaga Jeon Somin Dalam ‘Running Man’

“Awak Okay Tak?” – Penonton Tersentuh Lihat Song Jihyo Jaga Jeon Somin Dalam ‘Running Man’

Walaupun ada yang cuba melaga-lagakan hubungan mereka, namun Song Ji-hyo dan Jeon So-min sentiasa membuktikan bahawa mereka mempunyai ukhwah yang kuat.

Dalam episod terbaru “Running Man”, kesemua ahli telah bermain permainan di mana mereka perlu membeli tanah dan mengumpul wang sebanyak mungkin untuk merebut tempat pertama.

Di penghujung episod, Ji Suk-jin, Haha, Song Ji-hyo dan Jeon So-min dipilih sebagai ahli di tangga ke bawah lantas perlu memilih kotak dengan air biasa dan air Coca-Cola di dalamnya. Mereka perlu mengigit mentos dan melepaskan ke dalam botol tersebut dan siapa yang terkena akan disembur air berkenaan.

jeon somin haha

Seperti dijangka, Jeon So-min dan Haha terpilih sebagai mangsa yang kurang bernasib apabila ‘dimandikan’ dengan air berkarbonat itu.

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian penonton ialah apabila Song Ji-hyo dilihat risau dengan keadaan Jeon So-min.

Awak okay tak?

jun somin song jihyo

Pun begitu, wanita itu tidak sempat bertanya lebih apabila Ji Suk-jin menyambut kemenangan mereka,

Buat apa risaukan orang lain, lebih penting kerana kita terselamat.

Kata peminta, mereka berasa terharu kerana Song Ji-hyo lebih mementingkan keadaan Jeon So-min meskipun dia terlepas daripada hukuman yang menyakitkan itu.

Betul-betul kakak ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...