Utama Rancangan Hiburan “Buat Comeback Ke?” – Penonton Perasan Ada Lee Kwangsoo Dalam Episod Akan...

“Buat Comeback Ke?” – Penonton Perasan Ada Lee Kwangsoo Dalam Episod Akan Datang ‘Running Man’

lee kwangsoo running man

Rasanya ramai yang menanam harapan agar Lee Kwang-soo supaya kembali ke “Running Man” kan?

Adakah lelaki itu akhirnya mendengar permintaan peminat? Itulah persoalan yang bermain di fikiran ramai selepas melihat klip pendek untuk episod minggu hadapan program itu.

Untuk episod akan datang, ianya telah diarahkan oleh pengarah baru iaitu Choi Hyung-in. Sepertinya mereka akan menayangkan episod seram khas bersesuaian dengan musim panas di Korea kini.

Dalam salah satu babak itu, ada ternampak satu kelibat lelaki yang berpakaian seperti malaikat maut. Disebabkan rambut lelaki itu yang berada di paras telinga, ramai yang menebak Lee Kwang-soo melakukan comeback semula dalam program itu.

lee kwangsoo running man

Komen penonton,

Lee Kwang-soo ke tu??

 

Lee Kwang-soo hyung… awak ke tu?

 

Comeback Kwang-soo hyung.

 

Adakah Lee Kwang-soo akan muncul?

 

Malaikat maut yang awal tu Lee Kwang-soo ke?

Adakah Lee Kwang-soo bakal kembali? Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNaver TV
Loading...