Ada tak yang rindu nak lihat gandingan Park Hyung-sik bersama Han Hyo-joo dalam “Happiness”?
Baru-baru ini, jenama fesyen mewah ‘Chanel’ telah mengadakan sebuah acara di The Shilla Hotel, Jeju.
Khususnya, penampilan Park Hyung-sik bersama Han Hyo-joo di acara itu telah meraih perhatian, memandangkan mereka berdua pernah muncul dalam siri popular “Happiness” sebelum ini.
https://twitter.com/hyojoohasun/status/1572231475373940738
Nampaknya, ramai yang rindu untuk melihat gandingan Park Hyung-sik bersama Han Hyo-joo, dengan klip pendek tersebut telah mencapai hampir 600 ribu tontonan kini.
Tambahan pula, dalam video tersebut, Park Hyung-sik memuji penampilan Han Hyo-joo dengan mengatakan,
Awak makin cantik.
Rindu kan nak tengok mereka berlakon sekali?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.