Ju Ji-hoon dan Han Hyo-joo bakal bergandingan bersama dalam drama siri misteri “The Dominant Species”.
Drama “The Dominant Species” ini mengisahkan mengenai masa depan di mana manusia mula memakan daging tanpa menggunakan daging yang diproses melalui proses penyembelihan. Oleh itu, semua bekalan daging hanya berpunca daripada pengeluaran daging kultur sel, dan institut bioteknologi yang dikenali sebagai “BF” dan merupakan pilihan yang teratas di bahagian pasaran dalam perniagaan pengeluaran daging. Kisah ini bertukar apabila orang dalam di “BF” mula menimbulkan persoalan tentang keberadaan presiden institut itu.Ju Ji-hoon bakal memegang watak sebagai Woo Chae-woon iaitu bekas askar tentera laut yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi. Manakala, Han Hyo-joo memegang watak sebagai presiden “BF’, Yoon Ja-yoo, dan Lee Hee-jun juga menyertai barisan pelakon sebagai perdana menteri Seon Woo-jae. Lee Moo-saeng juga bakal menyertai mereka dengan mengambil peranan sebagai ketua biofizik On San, dan yang terakhir sekali, Park Ji-yeon memegang watak Jung Hae-deun, pengarah perancangan “BF”.
Penggambaran “The Dominant Species” dijangka bakal dimulakan pada tahun ini juga.
Macam best je drama vibe dark macam ni…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.