Ikuti Kami:

“Awak Kata Kita Keluarga?” – Luahan Ji Sukjin Pada Ahli ‘Running Man’ Hanya Lakonan?

“Awak Kata Kita Keluarga?” – Luahan Ji Sukjin Pada Ahli ‘Running Man’ Hanya Lakonan?

Nampaknya Ji Suk-jin tidak segan meluahkan perasaan sayang buat kesemua ahli “Running Man”.

Dalam episod terbaru, kesemua ahli menyertai misi di mana mereka memulakan ‘Projek Jelajah Running’ dengan bajet yang terhad dan hanya pelan pelancongan seorang sahaja yang dipilih untuk semua.

Kongsi Ji Suk-jin secara tiba-tiba semasa bermain,

Sejak kebelakangan ini, rasa cinta buat kesemua ahli bagai nak gila. Sudah berapa lama saya tak rasa kita seperti keluarga sebegini. Ianya memuncak semasa perjumpaan peminat di Filipina.

sbs running man

Kemudiannya, lelaki itu mencadangkan agar kesemua mereka melancong di Guam di mana ia merupakan destinasi percutian ‘honeymoon’ bersama usterinya dahulu. Walau bagaimanapun, Yoo Jae-suk membantah dengan alasan seperti,

Bagaimana dengan kos perbelanjaan?

‘Abang Long’ itu kemudiannya mengubah kepada percutian di Danyang dan meminta untuk melakukan satu perkara ini bersama,

Jom cacah tatu. Kalau malu, buat di tempat tersorok. Saya akan cacah di tulang selangka.

Pun begitu, cadangan Ji Suk-jin ditolak ‘mentah-mentah’ oleh kesemua ahli. Kata Kim Jong-kook,

Saya tak akan buat.

sbs running man

Meskipun mencanang mengenai cinta terhadap ahli, Ji Suk-jin belot tak lama kemudian apabila membuat pilihan berlainan dari kesemua ahli. Marah Haha,

Kenapa awak menangis semasa perjumpaan kalau begini?

Celah Yang Se-chan,

Awak kata kita bersatu?

Kejap sayang, kejap gaduh dorang ni..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...