“Awak Je Tak Tahu?” – Haha Marah Ahli ‘Running Man’ Tak Jemput Sertai Makan Malam
- oleh irsa
- 3 tahuns lalu
Adakah Haha ‘dipalau’ oleh ahli “Running Man” sendiri?
Dalam sebuah episod di YouTube Haha, lelaki itu telah menghubungi Jeon So-min untuk bersembang dengannya namun terkejut apabila mengetahui bahawa Yang Se-chan turut ada bersama wanita tersebut,
Kalian ke mana?
Balas Jeon So-min,
Saya ajak minum, tapi awak cakap tak nak?

Respon Haha pula,
Bukan awak bergurau ke? Awak dan Yang Se-chan memang bercinta ke?
Nafi wanita itu,
Bukan macam tu, kami terikat kerana kerja.
Haha kemudiannya memutuskan panggilan telefon dan menghubungi Yoo Jae-suk untuk mengadu,
Jeon So-min makan malam bersama Se-chan.

Jawab Yoo Jae-suk selamba,
Saya tahu.
Haha nyata keliru,
Dia beritahu awak ke?
Balas pengacara No 1 tersebut,
Ke awak je yang tak tahu?
Habislah Haha dah merajuk..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




