Ikuti Kami:

“Awak Jahat..” – Peminat Tersentuh Baca Mesej Ahli ASTRO Buat Mendiang Moonbin

“Awak Jahat..” – Peminat Tersentuh Baca Mesej Ahli ASTRO Buat Mendiang Moonbin

Sedar tak sedar, sudah hampir seminggu mendiang Moonbin ASTRO meninggalkan dunia ini untuk dunia abadi.

Selepas adik Moon Su-a dan ahli ASTRO lain seperti MJ dan JinJin, Cha Eun-woo dilihat meninggalkan mesej buat mendiang di tempat peringatan yang dibuka di agensi Fantagio.

Bin-ah, saya merindui awak di malam ini. Awak jahat. Saya datang ke sini selepas berjalan bersama San-ha kerana tak boleh tidur. Awak tidur lena tak?

Tulisnya lagi,

Kenapa saya rindukan dan menyesali segalanya yang saya ambil mudah dengan awak, meskipun perkara remeh? Pastikan awak beratus kali lebih bahagia di bulan. Saya akan bertanggungjawab terhadap apa yang awak tinggalkan, jadi jangan terlalu risau. Saya akan bekerja keras. Saya mohon maaf dan saya sayangkan awak.

moonbin mj jinjin

Dalam pada itu, ahli ASTRO lain turut dilihat meninggalkan mesej buat rakan seperjuangan mereka itu,

Ini Jinjin! Apabila datang ke sini, saya lihat ramai yang ada. Kita dah janji kan? Untuk hidup sambil tersenyum. Saya cuba hidup dengan senyuman seperti yang awak pinta. Jangan risau kerana saya akan jaga ibu, ayah dan Sua. Saya sayang awak sangat, adik ku.

Tulis MJ pula,

Adik ku Bin, saya datang terlalu lewat. Saya minta maaf. Betapa sunyi, sukar dan sakitnya buat awak. Maaf kerana saya tak dapat lindungi awak.

astro moonbin

Sanha yang aktif bersama mendiang untuk kumpulan unit ‘Moonbin & Sanha’ turut meninggalkan mesej buatnya,

Abang, awak sihat tak? Saya sangat rindukan awak. Imej awak masih lagi bermain di fikiran saya. Saya tahu awak akan marah kalau saya lemah tapi biarkan saya begini untuk seketika. Saya berjanji akan hidup bahagia seperti yang awak mahu. Saya pastinya akan tepati janji itu. Ketahuilah bahawa saya sayangkan awak sangat-sangat.

Semoga ahli ASTRO terus kuat..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...