Ikuti Kami:

“Awak Berdua Tak Boleh Dihubungi” – Song Jihyo Curiga Lihat Hubungan Yang Sechan & Jeon Somin

“Awak Berdua Tak Boleh Dihubungi” – Song Jihyo Curiga Lihat Hubungan Yang Sechan & Jeon Somin

Sepertinya hubungan Jeon So-min dan Yang Se-chan terus menimbulkan persoalan dalam kalangan ahli “Running Man”.

Dalam episod terbaru ini, kesemua ahli bermain permainan ‘Go Or Stop’ di mana pilihan yang dibuat akan membawa mereka ke pilihan yang berbeza. Untuk misi pertama, ahli perlu memilih sama ada ‘Go’ atau ‘Stop’ atau pilihan sarapan.

Bernasib baik, Song Ji-hyo, Kim Jong-kook dan Jeon So-min memilih ‘Stop’ di mana ia membawa mereka ke santapan pagi yang memenuhi meja. Semasa sedang menjamah makanan, Song Ji-hyo telah bertanya Jeon So-min mengapa dia dan Yang Se-chan tidak dapat dihubungi semasa berada di Yeosu untuk menjalani penalti.

Kami dalam kapal terbang.

song jihyo jeon somin

Balas Song Ji-hyo,

Oh, saya terfikir sendiri, ‘Mereka luangkan masa lebih lama ke kat Yeosu sebelum pulang?’

Respon wanita berkenaan yang membuatkan ramai terkejut,

Kami dapat anak di sana.

jeon somin

Kim Jong-kook mencelah,

Orang akan salah faham. Anak apa?

Jelas Jeon So-min,

Macam dalam program lain yang letak anak patung dengan mereka. Kami jalani temuramah dengan patung katak di sebelah. Apa pun, kami dapat anak selepas bercuti bersama.

jeon somin kim jongkook

Lelaki berbadan sasa itu hanya mampu mengeluh dan mengatakan bahawa dia tak tahu mahu memberikan reaksi bagaimana selepas mendengarkan jawapan itu.

Pandai bergurau Jeon So-min!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...