“Awak Akan Bercinta Tahun Ini” – Cinta Yang Sechan & Jeon Somin Diramal Bakal Berputik
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Tidak dinafikan bahawa Jun So-min dan Yang Se-chan sering menunjukkan sisi romantik antara mereka.
Artikel Berkaitan
Dalam episod terbaru “Running Man” ini, kesemua ahli sempat menilik nasib bagi melihat masa hadapan mereka. Tak melepaskan peluang, Jeon So-min meminta penilik itu untuk meramal kisah cintanya pada tahun ini. Jawab wanita itu,
Awak boleh bercinta pada tahun ini dan pasangan awak sepertinya seorang yang suka bergurau.

Apabila Jeon So-min menebak bahawa ‘pasangan’ itu ialah Yang Se-chan, penilik nasib itu bergurau,
Yang Se-chan ialah kesayangan saya. Kami ke Jeju hari itu.
Kemudian, Jeon So-min dan Yang Se-chan cuba melihat masa hadapan mereka bersama. Memeranjatkan apabila keduanya memilih kad ‘najis’ sekaligus membuktikan hubungan yang kuat antara mereka.
Kata ahli lain,
Najis yang ditakdirkan bersama. Kalau macam ini, memang mereka merupakan jodoh yang kuat.

Okay tak kalau Jeon So-min dan Yang Se-chan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




