Utama Celebrity News “Aura Dia..” – Mirip Jennie BLACKPINK, Adik Jihyo TWICE Akan Debut Sebagai...

“Aura Dia..” – Mirip Jennie BLACKPINK, Adik Jihyo TWICE Akan Debut Sebagai Pelakon

jennie jihyo

Nampaknya, jiwa seni sememangnya mengalir dalam ahli keluarga Ji-hyo TWICE!

Baru-baru ini, adik kepada Ji-hyo iaitu Park Ji-young telah diumumkan bakal debut sebagai seorang pelakon di bawah nama Lee Ha-eum.

Untuk pengetahuan, Lee Ha-eum dilahirkan pada tahun 2002 dan bernaung di bawah syarikat Star Haus kini.

Memaparkan visual dan aura seorang pelakon yang semula jadi, ramai yang teruja ingin menantikan debut wanita itu dalam sebuah naskhah tak lama lagi.

Sementara itu, selepas melihat foto dan video Lee Ha-eum, ada juga netizen yang meluahkan bahawa wajah adik kepada Ji-hyo TWICE itu mirip dengan Jennie BLACKPINK. Antara komen yang ditulis:

Dia kelihatan seperti gabungan wajah Ji-hyo dan Jennie.

 

Auranya kelihatan seperti Jennie.

 

Dia sangat cantik. Saya harap dia mendapat projek yang baik dan berjaya tidak lama lagi.

Selamat maju jaya Lee Ha-eum!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERSports Chosun
Loading...