Ikuti Kami:

Tzuyu TWICE Beli Penthouse Mewah Bernilai Hampir RM14 Juta Buat Ibu Di Taiwan

Tzuyu TWICE Beli Penthouse Mewah Bernilai Hampir RM14 Juta Buat Ibu Di Taiwan

Sebagai seorang anak, kita pastinya ingin bekerja keras untuk membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa.

Begitu juga dengan Tzuyu TWICE, yang baru-baru ini dilaporkan telah membeli sebuah rumah kepada ibunya.

Khususnya, saluran media Taiwan TVBS News melaporkan bahawa Tzuyu telah membeli penthouse mewah dan telah pun menyelesaikan proses pembelian serta pendaftaran pemindahan hak milik pada 16 Januari lalu. Bagaimanapun, butiran kontrak seperti lokasi rumah, tidak didedahkan.

Selain itu, penthouse tersebut juga dimaklumkan bernilai kira-kira 3.28 juta USD (RM13,966,240) dan merupakan salah satu unit termahal di Taiwan.

tzuyu twice

Tambahan, ahli TWICE itu juga dikabarkan membeli penthouse mewah berkenaan sebagai hadiah kepada ibunya, bagi memberi kemudahan kerana ia terletak berhampiran dengan tempat kerjaya.

Wah, tahniah Tzuyu!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...