Ikuti Kami:

“Aura Dia..” – Kecantikan Luar Biasa Song Hyekyo Di Sidang Media ‘The Glory’ Jadi Perhatian

“Aura Dia..” – Kecantikan Luar Biasa Song Hyekyo Di Sidang Media ‘The Glory’ Jadi Perhatian

Meskipun sudah berumur 40 tahun, Song Hye-kyo nampaknya masih kekal cantik dan jelita seperti biasa.

Terbaru pada 20 Disember, sidang media untuk siri Netflix “The Glory” akan datang telah diadakan di Seoul. Ianya dihadiri pelakon utama seperti Song Hye-kyo, Lee Do-hyun, Park Sung-hoon, Lim Ji-yeon dan ramai lagi, serta penulis Kim Eun-sook.

Untuk pengetahuan, “The Glory” membawa kisah Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam.

Khususnya penampilan Song Hye-kyo di sidang akhbar itu telah meraih perhatian ramai dek kecantikan dan keanggunannya yang luar biasa.

song hyekyo

Tampil dengan memakai kemeja putih, skirt hitam dan tali leher hitam, aura Song Hye-kyo telah menimbulkan rasa teruja dan ingin tahu penonton tentang watak yang akan dibawa pelakon itu dalam “The Glory”. Memberi sedikit ‘hint’ buat penonton mengenai wataknya, Song Hye-kyo berkongsi,

Awak mungkin berasa tidak biasa dengan imej saya dalam drama ini. Ia sukar, tetapi saya sangat seronok berlakon di dalamnya.

Nantikan “The Glory” akan mula ditayangkan pada 30 Disember ini di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...