Selepas melalui waktu yang gelap tahun lalu, akhirnya Kim Jung-hyun kembali berdiri di hadapan umum kini.
Untuk pengetahuan, pelakon lelaki itu menerima kecaman hebat apabila didedahkan bersikap tidak profesional dengan rakan pelakon dan staf drama “Time” pada tahun 2018 kerana isu bersama teman wanitanya (bekas teman wanita kini), Seo Ye-ji.
Terbaru, agensi baru Kim Jung-hyun iaitu Story J Company telah berkongsi beberapa foto profil baru untuknya.
Dalam pada itu, Kim Jung-hyun baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk filem bebas “Secret²”.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.