Ikuti Kami:

ASTRO Umum Konsert ‘STARGAZER’ Pada Mei Ini

ASTRO Umum Konsert ‘STARGAZER’ Pada Mei Ini

Umum pasti sudah amat mengenali kumpulan penyanyi lelaki ASTRO yang bernaung di bawah Fantagio Entertainment yang terdiri daripada figura-figura tampan seperti, MJ, JinJin, Cha Eun-woo, Moon-bin, Rocky dan San-ha. Khabarnya mereka bakal mengadakan konsert solo pada Mei ini.

Menurut sumber, ASTRO akan mengadakan konsert solo dalam talian dan luar talian “The 3rd ASTROAD to Seoul (STARGAZER)” di Gimnasium Tertutup Jamsil di Seoul pada 28 dan 29 Mei.

“Stargazer” ialah konsert solo ketiga ASTRO dalam tempoh 3 tahun sejak “The 2nd ASTROAD to Seoul (STAR LIGHT)” diadakan pada Disember 2018. Dalam pada itu, memandangkan ahli-ahli telah meneruskan pelbagai aktiviti secara berasingan ataupun bersama-sama, diharapkan persembahan ASTRO kali ini dapat membawa kelainan dan semangat yang luar biasa.

ASTRO

Secara amnya, konsert ASTRO yang turut dipanggil “ASTROD” berjaya meraih perhatian kerana ia berkait rapat dengan “STAR GAZER” yang membawa maksud ‘ahli astronomi’. Jangkaan ataupun konsep untuk persembahan kali ini, semakin menimbulkan keterujaan peminat kerana konsep repertoir yang dibawa mereka kali ini.

stargazer

ASTRO “The Third Astro Road to Seoul (Star Gazer)” akan diadakan pada 28 dan 29 Mei, dan melalui tempahan dalam atas talian Interpark Ticket, pra-jualan kelab peminat akan diadakan pada jam 8pm pada 21 April ini, dan umum penjualan tiket akan diadakan pada jam 8pm pada 25 April ini. Para peminat ASTRO, jangan terlepas tarikh bermakna ini!

Jom kongsi kepada kami pendapat anda tentant konsert terbaru!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...