Ikuti Kami:

ASTRO Bakal Comeback Dengan Album Penuh Ke-3 Mei Ini

ASTRO Bakal Comeback Dengan Album Penuh Ke-3 Mei Ini

Kumpulan ASTRO semestinya tidak asing lagi daripada industri muzik K-pop dek kerana sepanjang rilis lagu-lagu mereka, mereka setakat ini, berjaya menambat hati pendengar. Terbaru, mereka bakal buat comeback dengan album penuh ke-3!

Baru-baru ini, agensi ASTRO sendiri, Fantagio Entetainment, telah memuat naik satu imej teaser di laman rasmi Instagram mereka (@officialastro), dimana ianya merupakan poster bagi comeback terbaru tersebut.

astro

Dalam imej teaser poster tersebut, tema yang dibawa masih menjadi tanda tanya. Elemen-elemen seperti langit biru, kereta tua biru serta teks dengan nama album di dalam poster tersebut juga berjaya meraih perhatian dan jangkaan peminat untuk album kali ini. Dalam pada itu, ia turut menyampaikan satu aura tenaga yang menyegarkan dimana ia sudah menjadi corak persembahan ASTRO sejak dahulu lagi.

“Drive to the Starry Road” ini ialah album penuh ke-3 bagi ASTRO yang dikeluarkan dalam masa kira-kira setahun selepas “All Yours”, album penuh ke-2 yang dikeluarkan pada April tahun lepas. Album “All Yours” tahun lalu dan mini album “SWITCH ON” telah memecahkan keputusan terbaik mereka, dimana mereka berjaya menduduki tempat pertama dalam penyiaran muzik darat. Oleh kerana itu, perhatian terhadap jenis muzik dan persembahan yang akan datang terus melonjak naik dalam kalangan peminat.

astro

ASTRO, yang baru-baru ini telah menjalankan satu pertemuan bersama peminat solo “2022 ASTRO AROHA FESTIVAL ‘GATE 6’ ” untuk meraikan ulang tahun ke-6 buat penampilan sulung mereka dan mereka menjangkakan lebih banyak kenangan yang akan dicipta bersama peminat mereka.

ASTRO akan mengeluarkan album penuh baharu mereka “Drive to the Starry Road” pada 16 Mei ini dan konsert solo mereka “The 3rd ASTROAD to Seoul ‘STARGAZER’ ” pada 28 dan 29 Mei akan datang yang diadakan khas buat para peminat terutamanya “Aroha”.

Mesti korang tak sabar tunggu album kali ini kan? Jom kongsi pendapat korang mengenai konsep album kali ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...