Umum pasti mengetahui kumpulan boy band ASTRO yang masih dikira setahun jagung dalam industri muzik Korea dek kerana debut mereka baru bermula pada tahun 2016. Baru-baru ini sumber mengesahkan bahawa ASTRO akan membuat comeback pada Mei ini.
BACA: Cha Eunwoo ASTRO Diuji Positif COVID-19
Sebelum ini ahli kumpulan ASTRO, JinJin dan Rocky telah mengeluarkan album mini debut mereka ‘Restore’ pada awal tahun ini, manakala, Moonbin dan Sanha telah mengeluarkan single pra-keluaran mereka iaitu ‘Ghost Town’ pada Februari lalu juga.
Tidak lupa juga, ahli kumpulan yang paling mendapat perhatian, Cha Eun Woo juga telah menjalani penggambaran untuk drama fantasi yang akan datang bertajuk ‘Island’. Setelah kepulangan kumpulan tersebut, sumber mengesahkan bahawa kumpulan tersebut sedang bersedia untuk melakukan comeback pertama mereka setelah album mini yang kelapan mereka, Switch On dilancarkan pada Ogos tahun lalu. Sejurus itu, kemunculan album terbaharu mereka kali ini dikatakan akan dilancarkan pada Mei ini.
Jom sama-sama nantikan comeback mereka! Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.