Ikuti Kami:

“Saya Penyanyi..” – Menangi Anugerah ‘Penghibur Terbaik’, Ucapan Kim Jongkook Jadi Perhatian

“Saya Penyanyi..” – Menangi Anugerah ‘Penghibur Terbaik’, Ucapan Kim Jongkook Jadi Perhatian

Merupakan seorang penyanyi, pelakon dan penghibur, Kim Jong-kook memang tidak dinafikan merupakan seorang selebriti yang serba boleh.

Terbaru pada 28 April, Anugerah Baeksang 2023 telah berlangsung dan dihadiri ramai artis berbakat.

Khususnya, Kim Jong-kook telah berjaya merangkul anugerah ‘Penghibur Lelaki Terbaik’ dek penampilannya dalam pelbagai rancangan hiburan seperti “Running Man”, “My Old Little Boy” dan banyak lagi.

Meluahkan rasa syukur, lelaki itu memberi ucapan,

Saya pada asalnya seorang penyanyi. Saya seorang penyanyi sebelum saya mula terlibat dalam pelbagai rancangan. Saya benar-benar ingin mengatakan ini.

kim jongkook baeksang

Sambungnya lagi,

Banyak yang saya perolehi semasa melakukan rancangan hiburan. Saya akan cuba hidup sebagai seorang yang cerah, positif dan lebih baik dari segi moral. Saya akan terus bekerja keras dengan hati yang bersyukur.

Tahniah Kim Jong-kook!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...