Ikuti Kami:

“ARMY Jadikan Saya Lelaki Paling Gembira Di Planet Ini” – Jimin BTS

“ARMY Jadikan Saya Lelaki Paling Gembira Di Planet Ini” – Jimin BTS

Bakal debut solo tak lama lagi, Ji-min BTS nampaknya sibuk dengan pelbagai aktiviti kini.

Terbaru, Ji-min telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual khas bersama majalah W Korea.

Ketika sesi temu bual, ahli BTS itu berkongsi sedikit sebanyak tentang debut solonya akan datang,

Saya sedang menyediakan banyak perkara jadi, saya menghabiskan banyak masa untuk hala tuju dan rancangan kerja. Saya rasa fikiran saya lebih sibuk dari badan saya sekarang.

Kemudian, idola itu turut ditanya tentang apa yang membuat kan dirinya gembira dalam masa sebegitu. Jawab Ji-min,

ARMY (nama kelab peminat) adalah jawapan yang jelas, tetapi memang merekalah yang menjadikan saya lelaki paling gembira di planet ini.

bts jimin

Jelasnya lagi,

Kami telah bersama-sama melalui suka dan duka, pahit dan manis. Menghabiskan masa dengan rakan-rakan saya juga adalah kebahagiaan kecil dalam hidup saya.

Dalam pada itu, Big Hit Music sedang menyemak jadual mengenai debut solo Ji-min pada bulan Februari ini dan dalam proses menyelaraskannya.

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...