Ikuti Kami:

APINK Raikan Ulang Tahun Ke-11 Dengan MV ‘I Want You To Be Happy’

APINK Raikan Ulang Tahun Ke-11 Dengan MV ‘I Want You To Be Happy’

Dunia industri muzik K-pop telah digemparkan dengan khabar dimana ahli kumpulan APINK, Na-eun atau nama penuhnya, Son Na-eun yang telah meninggalkan kumpulan itu baru-baru ini. Namun, untuk mengubati para peminat APINK, “PINK PANDA”, mereka telah mengeluarkan lagu terbaru pada 19 April lalu.

Sejak daripada perkhabaran bahawa Na-eun telah meninggalkan kumpulan APINK, rata-rata peminat dilihat meninggalkan komen yang memberi semangat buat kedua-dua pihak serta akan terus menyokong APINK serta Na-eun walaupun mereka kini membawa haluan masing-masing.

Menerusi perkongsian surat kepada peminat oleh ketua kumpulan APINK, Cho-rong, secara ringkasnya dia menzahirkan rasa maaf atas berita yang menggemparkan namun dia turut meminta agar para peminat APINK untuk terus menyokong karya mereka pada masa akan datang serta berjanji untuk berkerja dengan lebih keras.

Terbaru, menerusi akaun Instagram rasmi kumpulan APINK, (@official.apink2011), mereka telah memuat naik satu poster dimana mereka meraikan ulang tahun ke-11 kumpulan itu pada 19 April lalu. Pelbagai reaksi yang diterima apabila hanya tinggal 5 nama sahaja yang dipaparkan di dalam poster tersebut setelah Na-eun meninggalkan kumpulan itu.

Bersempena dengan itu, mereka telah mengeluarkan single digital terbaru berserta muzik video melalui akaun YouTube rasmi mereka (Apink), yang berjudul “I Want You To Be Happy”. Lirik lagu tersebut ditulis sendiri buat pertama kalinya oleh kesemua ahli kumpulan tersebut dengan harapan mereka boleh meringankan rasa sedih dalam kalangan peminat supaya mereka terus gembira dengan penampilan terbaru APINK.

Semestinya ahli kumpulan APINK sendiri turut merasakan kesedihan sama seperti para peminat, oleh itu para “PINK PANDA” diharapakan dapat terus memberi sokongan yang baik terhadap karya-karya APINK di masa hadapan.

Dah dengar ke lagu terbaru APINK?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...