Ikuti Kami:

“Apa Ni…” – Babak Mesra ‘Twenty Five, Twenty One’ Terima Komen Pra-Kontra

“Apa Ni…” – Babak Mesra ‘Twenty Five, Twenty One’ Terima Komen Pra-Kontra

Meskipun dinantikan ramai, namun sepertinya ada yang terus meninggalkan komen negatif mengenai hubungan mesra antara watak utama “Twenty Five, Twenty One”.

Babak ini bermula apabila Baek Yi-jin (Nam Joo-hyuk) berhadapan dengan Jung Ho-jin (Choi Tae-joon) iaitu bekas teman lelaki Na Hee-do (Kim Tae-ri). Melihatkan lelaki itu yang bermain-main, Baek Yi-jin tanpa ragu-ragu mengeluarkan kata-kata manis buat Na Hee-do selain meminta Jung Ho-jin tidak membuang masa atlet tersebut, tanpa menyedari bahawa gadis itu mendengari kesemua perbualan itu.

tvn twenty five twenty one

Semasa menantikan minit mencecah tahun baru, Na Hee-do memberanikan diri untuk meluahkan perasannya dan mencium Baek Yi-jin dengan kata-kata,

Ciuman yang bermula pada 19 tahun berakhir di usia 20 tahun.

Walaupun ramai yang meluahkan rasa seronok melihat perkembangan hubungan antara mereka, namun tak kurang juga yang terus mengkritik hubungan antara pelajar bawah umur dan lelaki dewasa yang dipaparkan itu.

tvn twenty five twenty one

Kata mereka,

Pada awalnya saya ingatkan ini akan jadi drama terbaik seumur hidup tapi yang dah jadi.

 

Mereka masih lagi pasangan gadis bawah umur dan lelaki dewasa?

 

Aaaa.. gelinya..

Hmmm.. apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...