Ikuti Kami:

Penonton Kritik ‘Twenty Five, Twenty One’ Papar Hubungan Cinta Lelaki Dewasa & Gadis Sekolah

Penonton Kritik ‘Twenty Five, Twenty One’ Papar Hubungan Cinta Lelaki Dewasa & Gadis Sekolah

Nampaknya “Twenty Five, Twenty One” yang menjadi drama kegemaran ramai telah terpalit sedikit kontroversi baru-baru ini.

Dalam episod ke-9 yang ditayangkan baru-baru ini, Baek Yi-jin (Nam Joo-hyuk) yang merupakan seorang lelaki bekerjaya dan berusia 23 tahun telah mengakui perasaannya buat Na Hee-do (Kim Tae-ri), seorang pelajar sekolah berusia 19 tahun. Malah gadis itu turut membalas pengakuan tersebut.

Meskipun hanya mempunyai hubungan platonik sebagai rakan sebelum ini namun pengakuan cinta ini menimbulkan rasa kurang selesa penonton memandangkan usia bawah umur di Korea ialah 20 tahun ke bawah.

twenty five twenty one dikritik

Komen penonton,

Bayangkan pelajar kolej memikat budak sekolah menengah. Semua akan merasakan ia melampau.

Hanya disebabkan dia ‘hampir 21’ tak mengubah kenyataan bahawa Na Hee-do hanyalah berusia 19 tahun.

 

Biarkan kisah cinta antara orang dewasa sahaja, tolonglah.

 

Sepatutnya pada episod 10, plotnya patut melompat pada ketika Na Hee-do dewasa. Apabila Baek Yi-jin bercakap mengenai cinta pada penghujung episod 9, saya menjangkakan mereka akan melompat ke plot dewasa kemudiannya. Tapi tak, dia masih lagi bawah umur.

 

Hmm, adakah lelaki berusia 23 tahun melepak dengan budak sekolah menengah dan mengakui perasannya buat gadis berusia 19 tahun dianggap normal kini? Dalam realiti, sekiranya ada budak bawah umur jatuh cinta pada orang dewasa, si dewasa itu patutnya mengelakkan diri. Kenapa drama ini dipanggil ‘Twenty Five, Twenty One’ sekiranya 10 episod pertama, mereka masih berusia 23-19. Patutnya panggil ‘Twenty Three, Nineteen’ tapi produser tak buat seperti itu kerana tahu ianya pelik.

 

Kenapa dia tak boleh tunggu Na Hee-do habis sekolah dahulu baru mengakui perasaannya?

 

Rasa nak marah betul, ia bukannya masalah jarak umur tapi ianya kisah cinta antara ‘lelaki dewasa’ dan ‘gadis bawah umur.

twenty five twenty one dikritik

Pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...