Tak sabar nak jumpa B.I di Malaysia nanti!
Dibawakan oleh Lo-Fi Entertainment, B.I bakal mengadakan konsert 2024 TOUR “HYPE UP” IN KL pada 30 Jun 2024 (Ahad) nanti. Lebih syok, LEO diumumkan sebagai artis jemputan yang bakal turut memeriahkan konsert berkenaan!
Popular dengan lagu solo seperti ‘BTBT’, ‘Loved’, ‘illa illa’, ‘Keep Me Up’, dan banyak lagi, B.I akan menghiburkan peminat tempatan dengan persembahan hebat di Mega Star Arena, Sungei Wang, Kuala Lumpur bermula jam 6 petang.
Bagi yang belum mendapatkan tiket, sila layari www.ticketingtix.com sekarang!
Berikut adalah kategori tiket dan keistimewaan untuk peminat yang menonton konsert B.I 2024 Tour “HYPE UP” in Kuala Lumpur dan harga tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4:
- HYPE Zon– RM788
(Faedah Untuk Peminat: Menonton B.I buat soundcheck, 700 peminat bertuah dapat bergambarz dengan B.I secara berkumpulan seramai 20 orang untuk setiap sesi, 700 peminat berpeluang Hi-Touch dengan B.I, 60 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, 50 peminat bertuah bakal mendapat album B.I yang bertandatangan, poster rasmi.) - UP Zon – RM688
(Faedah Untuk Peminat: 150 peminat bertuah dapat bergambar dengan B.I secara berkumpulan, setiap sesi 20 orang, 150 peminat berpeluang Hi-Touch dengan B.I, 20 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, 50 peminat bertuah bakal mendapat merchandise B.I yang bertandatangan, poster rasmi.) - BE Zon – RM538
(Faedah Untuk Peminat: 20 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, poster rasmi.) - IDENTITY Zon – RM338
Sila ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram dan Facebook untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.