Semakin lama, semakin banyak perbincangan berlangsung mengenai penambahan ahli “Running Man”.
Dalam satu siaran langsung istimewa, para ahli telah muncul dengan menggunakan AI untuk berbincang pelbagai perkara bersama peminat yang setia menanti. Antara topik perbualan mereka ialah mengenai sistem tetamu sewaan sebagai ganti kepada pencarian ahli baru,
Antara nama calon yang disebut mereka ialah Shin Ye-eun, Lee Kwang-soo, Kang Hoon, Cha Tae-hyun, Hong Jin-ho, Jonathan, Jo Se-ho, Kang Ho-dong, Lee Kwang-soo, Song Joong-ki dan lain-lain.
Semasa sedang berbual, terdapat komen dari penonton yang menyebut nama ‘Yoon Eun-hye’. Seperti mengelak, kata Kim Jong-kook,
Apa yang dia tulis? Tak nampak jelas komennya.
Malah ahli lain juga turut berpura-pura tidak membaca komen berkenaan dan meneruskan dengan soalan lain.
Eh kenapa tu?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.