Sejak Jeon So-min meninggalkan “Running Man”, sudah acap kali ahli lain menyebut mengenai kemungkinan untuk mengambil ahli baru.
Terbaru, kesemua ahli telah menjalani satu siaran langsung istimewa dengan menggunakan AI untuk berbincang pelbagai perkara untuk menyambut bilangan episod ke-700 rancangan itu. Antara topik perbualan mereka ialah mengenai sistem tetamu sewaan sebagai ganti kepada pencarian ahli baru,
Selain itu, nama seperti Na Kyung-eun, Kim Yeon-kyoung, Lee Dong-wook, dan Jeon So-min juga disebut sebagai calon ganti. Yoo Jae-suk berkata,
So-min baru sahaja meninggalkan program ini. Ketika dia pergi, dia dengan tegas menyatakan keinginannya untuk terlibat sepenuhnya dalam drama dan filem. Oleh itu, kami mohon sokongan untuknya.
Tambah mereka memberikan sokongan,
Para pengarah drama, penulis skrip, dan krew produksi, tolong berikan peluang kepada So-min. Dia berbakat dalam lakonan.
Jangan lupa sokongan Jeon So-min dan “Running Man”!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.