Ikuti Kami:

Antara Barisan Pelakon, Penggambaran ‘Sixth Sense Kiss’ Ditunda Selepas Pemergian Kim Misoo

Antara Barisan Pelakon, Penggambaran ‘Sixth Sense Kiss’ Ditunda Selepas Pemergian Kim Misoo

Mengejutkan apabila pelakon Kim Mi-soo yang menunjukkan lakonan yang hebat dalam “Snowdrop” kini telah dilaporkan meninggal dunia pada petang tadi.

Baru berusia 30 tahun, wanita itu menghembuskan nafas terakhir secara tiba-tiba namun punca sebenar kematiannya tidak didedahkan. Dalam pada itu, majlis pengebumiannya dikhabarkan berlangsung secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Menurut laporan, penggambaran drama Disney+ iaitu “Kiss Sixth Sense” dibatalkan hari ini selepas berita mengejutkan ini dilaporkan. Meskipun belum diumumkan, rupanya Kim Mi-soo merupakan salah seorang daripada pelakon yang menjayakan drama berkenaan.

kim misoo

Khabarnya, para pelakon dan staf drama berkenaan turut berasa terkejut selepas menerima perkhabaran mendukacitakan tersebut.

Untuk pengetahuan, drama “Kiss Sixth Sense” membawa kisah mengenai hubungan seorang staf dan bosnya di mana ianya diterajui oleh Yoon Kye-sang dan Seo Ji-hye.

Terkejut sangat dengar berita ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...