Ikuti Kami:

Angan-Angan Jadi Kenyataan, Gadis Filipina Ini Pernah Berlakon Dalam 60 K-Drama

Angan-Angan Jadi Kenyataan, Gadis Filipina Ini Pernah Berlakon Dalam 60 K-Drama

Bayangkan korang menjadi sebahagian daripada K-Drama yang diminati, berada jarak yang dekat dengan pelakon popular Korea, malah mendapat peluang untuk tinggal seperti warganegara di tempat seindah Korea Selatan.

Bunyi macam mimpi kan? Nah, bagi seorang gadis Filipina, itulah realitinya.

Latar belakang

Ini mungkin terdengar terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, tetapi pelakon Filipina ini telah membintangi bukan sahaja 1 tetapi lebih 60 K-Drama dalam kerjayanya.

Joyce Filipina

Noreen Joyce Esguerra benar-benar berubah daripada hanya peminat kepada bertemu dan bekerja dengan pelakon seperti Seo Hyun-jin, Moon Ga-young dan Kim Seon-ho. Dia juga bekerja sebagai pengurus kewangan selain daripada melakukan lakonan tambahan di TV.

Noreen Joyce Guerra atau mesra dipanggil Joyce, adalah warga Filipina yang kini menetap di Korea Selatan. Menurut saluran YouTubenya, dia telah menetap di negara ini sejak 2015 dan ketika itu dia hanya memohon sebagai pelajar sarjana di Universiti Wanita Sookmyung untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan. Pada masa ini dia bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat kewangan.

Permulaan kerjaya di belakang tadbir

Joyce Filipina

Jadi bagaimana dia terjebak di belakang beberapa pelakon paling popular di Korea? Ketika dia masih tinggal di Filipina dan menjadi sukarelawan dengan Pusat Kebudayaan Korea, Joyce bertemu dengan salah seorang pengurus kumpulan Korea N.O.M. (Nature of Man) yang berkongsi rangkaian hubungannya sebaik sahaja dia mendarat di Seoul.

Dia pada mulanya cuba mengikuti uji bakat untuk peranan warga asing dalam produksi Korea tetapi biasanya akan ditolak. Jadi sebaliknya, dia memilih untuk terus memainkan peranan sebagai warga Korea.

Antara K-Drama yang terlibat

Hospital Playlist

Joyce Filipina Hospital Playlist

All Of Us Are Dead

Joyce Filipina All of Us Are Dead

You Are My Spring 

Joyce Filipina you are my spring

Ibarat mimpi jadi kenyataan!!!!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...