Ikuti Kami:

“Anak Kami Baru Mula Berjalan Jadi..” – Taeyang Kongsi Perubahan Selepas Jadi Ayah Kini

“Anak Kami Baru Mula Berjalan Jadi..” – Taeyang Kongsi Perubahan Selepas Jadi Ayah Kini

Sebagai seorang ayah, Taeyang pastinya ingin melakukan yang terbaik buat cahaya mata sulungnya.

Terbaru pada 4 Mei, Taeyang BIGBANG telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube “Yongjinho Health Center”, bagi mempromosikan keluaran album solo terbarunya.

Khususnya dalam siaran itu, MC Lee Jin-ho bertanya kepada Taeyang,

Apakah lagu yang terdapat dalam playlist awak sekarang?

Kongsi penyanyi lelaki itu,

Saya sering mendengar muzik saya sendiri sejak kebelakangan ini atau saya mendengar banyak lagu kanak-kanak kerana anak saya.

taeyang son

Kemudian, Lee Jin-ho turut bertanya tentang apa yang ada dalam fikiran ahli BIGBANG itu sekarang. Respon Taeyang,

Anak kami baru mula berjalan, jadi saya menjaganya semasa di rumah.

Secara berseloroh, Lee Yong-jin bertanya,

Perlukah saya menjaganya selama beberapa hari semasa awak pergi ke suatu tempat? Yoon-jae (nama anaknya) sangat sukakan kanak-kanak seusianya. Saya akan caj awak 150,000 won.

Mendengar cadangan Lee Yong-jin, Lee Jin-ho menambah dengan menasihati Taeyang secara bergurau,

Kalau betul, sila pasang CCTV sebelum awak pergi. Dengan cara itu, tiada apa yang akan berlaku.

Min pun boleh volunteer nak jagakan anak Taeyang!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...