Adakh kita akan dapat bertemu muka dengan anak Yoo Jae-suk dalam program hiburan “How Do You Play” tak lama lagi?
Dalam sebuah temubual rasmi bersama pengarah produksi program itu, mereka berbincang mengenai kemungkinan berkenaan,
Kami juga sedang meneliti kemunculan Na-eun. Bila dan bagaimana sahaja yang menjadi isunya.
Dalam episod lalu, Song-yi anak bongsu Haha telah membuat kemunculan istimewa sebagai tetamu terakhir. Kongsi Yoo Jae-suk yang terkejut,
Entah-entah, Na-eun pun akan muncul macam ni nanti.
Dalam pada itu, mereka menjelaskan bahawa mungkin Na-eun akan muncul pada ketika semua sudah melupakan mengenai hal itu.
Uuuu tak sabar nak tengok Na-eun jejak langkah ayahnya.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉