Ikuti Kami:

Anak Ahli Fizik Terkemuka, Media Korea Dedah Latar Belakang Keluarga CL 2NE1

Anak Ahli Fizik Terkemuka, Media Korea Dedah Latar Belakang Keluarga CL 2NE1

Terbaru, media Korea telah menyenaraikan selebriti yang datang dari keluarga elit yang ibu bapanya terkenal sebagai profesor universiti.

Dalam kalangan penyanyi idola, latar belakang keluarga CL yang tidak dijangka telah mengejutkan ramai netizen.

Di mana, ayah kepada penyanyi itu iaitu Profesor Lee Ki-jin, merupakan seorang profesor Fizik di salah sebuah universiti swasta yang paling berprestij di Korea iaitu Universiti Sogang.

Malah, ayahnya itu juga merupakan ahli fizik terkenal dunia yang pernah menerima cek kosong dari sebuah syarikat besar China sebagai pertukaran kepada teknologi baru ciptaannya untuk penyelidikan penyakit diabetes.

cl-2ne1

Selain itu, CL juga pernah mendedahkan bahawa ayahnya itu sangat menyokong kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

Ketua 2NE1 itu berkata,

Masa saya beritahu ayah saya yang saya nak berhenti sekolah dan jadi penyanyi, ayah saya cakap ‘mesti awak dah lama buat keputusan ini kan? Jadi lakukan saja apa pun yang awak mahukan.’

CL kemudiannya telah debut sebagai ahli 2NE1 pada tahun 2009 dan masih aktif sehingga kini.

Menakjubkan betul!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   osen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...