Siapa sangka, Han So-hee pun rupanya adalah seorang ‘Blink’!
Baru-baru ini, Han So-hee telah terlibat dengan temu bual bersama Vogue Thailand, di mana dia berkongsi tentang pelbagai perkara termasuk superstar Korea kegemarannya.
Menerusi video ‘Han Sohee’s 24 Favourites’ yang dilancarkan, pelakon itu berkongsi bahawa BLACKPINK adalah superstar Korea kegemarannya kini.
https://twitter.com/blackpinkbabo/status/1593229113690853377?s=20&t=EZkLfR67wtZF6a_dPg-mLA
Bukan itu sahaja, Han So-hee turut mendedahkan bahawa ahli BLACKPINK kegemarannya adalah Jennie, sambil berkongsi bahawa dia suka dengan lagu kumpulan itu iaitu “Shut Down”.
Dalam pada itu, drama Han Sohee “Gyeongswong Creature” bergandingan bersama Park Seo-joon, bakal menemui penonton di Netflix tak lama lagi.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.