Ikuti Kami:

Akui Ingin Adakan Konsert, Taeyang Kongsi Bila Comeback BIGBANG Seterusnya

Akui Ingin Adakan Konsert, Taeyang Kongsi Bila Comeback BIGBANG Seterusnya

Selepas “Still Life”, pasti ramai yang menantikan lagu baru seterusnya dari BIGBANG, kan?

Terbaru, Taeyang telah tampil dalam video yang diterbitkan saluran YouTube 1theK Original, di mana dia menjawab beberapa fakta tentang dirinya.

Dalam video tersebut, Taeyang mendedahkan bahawa lagu BIGBANG “Still Life” pada asalnya ditulis untuk dimuatkan dalam album solonya. Namun, apabila penerbit Teddy menyatakan bahawa seronok jika BIGBANG yang menyanyikannya, lelaki itu terus bersetuju.

Saya fikir ia bagus, jadi saya mengusahakannya bersama-sama dengan ahli lain. Jadi, ia sangat bermakna bagi saya. Saya rasa saya dapat menyampaikan pelbagai emosi kepada peminat dan menghiburkan mereka. Ia terasa istimewa buat saya.

Kemudian, apabila ditanya bilakah kumpulan itu akan membuat kemunculan semula. Taeyang menjawab,

Suatu hari nanti, kami akan kembali dengan muzik yang bagus. Semua orang mahukannya, saya antara orang yang paling mahukannya.

Tambah penyanyi itu lagi,

Malah sekarang ini, walaupun saya berada di sini, melihat dan bercakap dengan peminat sebagai artis solo, sebahagian daripada diri saya berasa agak sedih. Walaupun saya sedang menjalani penggambaran rancangan ini sekarang, sebahagian daripada saya berharap bahawa ahli dan saya boleh melakukan banyak perkara bersama pada masa hadapan. Tidak akan ada kumpulan seperti BIGBANG lagi. Awak akan kekal di sudut hati saya selamanya.

Selain itu, Taeyang juga turut menyatakan hasratnya ingin mengadakan konsert,

Saya juga mahu membuat konsert. Saya sangat ingin melihat peminat kami di konsert itu. Saya benar-benar ingin bertemu dengan peminat di tempat konsert.

Kami pun menantikan BIGBANG..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...