Ikuti Kami:

Aksi Intim Park Seojoon & Park Minyoung Dalam ‘What’s Wrong With Secretary Kim’ Dipadam Tiba-Tiba Tapi Kenapa?

Aksi Intim Park Seojoon & Park Minyoung Dalam ‘What’s Wrong With Secretary Kim’ Dipadam Tiba-Tiba Tapi Kenapa?

Nampaknya satu klip popular dari “What’s Wrong With Secretary Kim?” masih lagi meninggalkan impak buat semua.

Satu klip yang bertajuk ‘Park Seo-joon ♥ Park Min-young, Ciuman Berlebihan di Katil ♨ [What’s Wrong With Secretary Kim]’ telah mendapat populariti secara konsisten sejak penayangan pada tahun 2018, mencapai rekod 340 juta tontonan kini.

Adegan yang bersiaran dalam episod ke-13 drama tersebut menggambarkan ciuman yang hangat antara Park Min-young dan Park Seo-joon, yang mendapat perhatian besar kerana realisme dan keintiman fizikal yang sepadan antara mereka berdua. Walaupun peminat-peminat berasa bersemangat dengan adegan tegang itu, sedikit mengejutkan bahawa adegan tersebut telah dipadam dalam versi terakhir yang dikeluarkan di platform seperti Disney+, TVING, dan Netflix.

what's wrong with secretary kim

Penghapusan adegan ini di platform OTT telah menimbulkan kecurigaan, terutamanya mengambil kira bahawa ada naskhah dengan adegan yang lebih berlebihan dari segi keganasan atau seksual kekal bersiaran. Beberapa analisa menebak suntingan itu dibuat bagi menyesuaikan kandungan drama itu dengan stahap sensitiviti kesemua negara yang menayangkannya. Pun begitu, ramai yang terus berteka-teki mengenai sebab sebenar di sebalik keputusan itu.

Sementara itu, “What’s Wrong With Secretary Kim” telah diadaptasi semula di Hong Kong dan Filipina, mendapat populariti yang sangat besar di seluruh dunia melalui platform seperti Netflix di mana ia diperkenalkan kepada lebih dari 100 negara.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...