Ikuti Kami:

Aksi Intim Dalam Episod Pertama ‘Dr Romantic 3’ Tular, Keserasian Ahn Hyoseop & Lee Sungkyung Dipuji

Aksi Intim Dalam Episod Pertama ‘Dr Romantic 3’ Tular, Keserasian Ahn Hyoseop & Lee Sungkyung Dipuji

Sepertinya hubungan Cha Eun-jae dan Seo Woo-jin berlayar dengan laju dalam episod awal “Dr Romantic 3”.

Hanya mengakui perasaan masing-masing dalam musim lalu, pasangan ini yang dilakonkan oleh Lee Sung-kyung dan Ahn Hyo-seop akhirnya menonjolkan bagaimana rapatnya mereka kini sebagai pasangan kekasih yang tak boleh lekang antara satu sama lain selepas 3 tahun bercinta.

Dalam episod awal ini, Ahn Hyo-seop menayangkan ‘abs’ dimilikinya dan mula mengusik watak Lee Sung-kyung yang meminta pujian atas kejayaan melunaskan sebuah pembedahan sukar.

Bahkan lelaki itu langsung tidak segan apabila terus bertanya soalan provokatif seperti “Bila kita boleh bercium?”, “Bila kita akan tidur?” dan sebagainya hingga membuatkan wanita tersebut tak tentu arah.

Balas Cha Eun-jae,

Kenapa tiba-tiba suasana berubah menjadi had umur dewasa sebegini?

Mereka berdua kemudiannya berterusan mesra di atas sofa hingga membuatkan penonton tersenyum melihatkan hubungan manisa itu. Bahkan mereka tidak menyangka yang episod pertama sesebuah drama tidak kisah menayangkan babak intim sedemikian, tambahan pula di saluran awam.

Komen penonton,

Ini lakonan atau realiti? Kenapa nampak macam betul-betul sahaja?

 

AHn Hyo-seop benar-benar bina badannya.

 

Dialognya terlalu ‘terbuka’, terasa sedikit kekok..

 

Terkejut tengok Seo Woo-jin keluar tak berbaju.

 

Padanan wajah mereka memang serasi.

 

Kalau macam ni, kahwin je lah.

 

Saya menonton bersama mak, terus rasa kekok.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...