Ikuti Kami:

Aksesori Cecah RM10 Juta, Penampilan Rosé BLACKPINK Di Acara ‘Tiffany &Co.’ Raih Perhatian

Aksesori Cecah RM10 Juta, Penampilan Rosé BLACKPINK Di Acara ‘Tiffany &Co.’ Raih Perhatian

Selain ‘Yves Saint Laurent’, Rosé BLACKPINK juga merupakan duta global untuk jenama aksesori mewah ‘Tiffany & Co.’.

Terbaru pada 13 September, acara tahunan Tiffany & Co. ‘Botanica Blue Book 2022 Exhibition’ telah diadakan di Tokyo.

Khususnya, penampilan Rosé di acara tersebut sebagai duta global jenama mewah, dengan memakai gaun putih yang cantik telah menjadi bualan peminat. Macam ‘princess’ sangat!

Tambahan, turut menjadi perhatian apabila jumlah harga aksesori yang dipakai Rosé dilaporkan mencecah RM10 juta. Gelang yang dipakainya berjumlah RM950,040 dan kalungnya dari koleksi ‘Botanica Blue Book’ berharga RM9,500,400. Kini, Rosé merupakan idola K-Pop pertama yang pernah mengenakan barang aksesori paling mahal.

Antara komen yang ditulis peminat tentang penampilan Rosé:

Rosé awak adalah gadis paling cantik yang pernah wujud, saya harap awak tahu itu 😍

 

Rosé dengan gaun putih adalah kombo kegemaran saya yang baru, jujur ​​dia sangat memukau.

 

Dia sangat menyerlah, lihat auranya, pakaian putihnya, dan rantai lehernya yang besar 😭

Peminat turut menyokong Rosé di acara tersebut dengan hashtag #ROSÉxTIFFANYinJapan dan tagline ‘ROSÉ AT TIFFANY BOTANICA’ trending di Twitter seluruh dunia semalam.

Cantik kan Rosé?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...