Ikuti Kami:

Rosé BLACKPINK Tersenarai Dalam Laporan ‘Power Of Young Hollywood Impact’ Bagi 2022

Rosé BLACKPINK Tersenarai Dalam Laporan ‘Power Of Young Hollywood Impact’ Bagi 2022

Bakat ahli BLACKPINK sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Kini, perkara itu makin berjaya dibuktikan apabila Rosé BLACKPINK kini tersenarai dalam “Top Impact Global Star” dalam satu majalah terkenal.

Baru-baru ini, satu majalah terkenal Amerika iaitu VARIETY telah meletakkan Rosé dalam senarai “Top Impact Global Star” yang turut menyenaraikan 25 orang pelakon, pemuzik dan content creator yang berjaya mengukir nama mereka dalam bidang perniagaan yang kian berkembang namun masih mengekalkan bakat semula jadi mereka. roseDi samping bakat-bakat terkenal filem hit dan siri yang terkenal seperti “Reservation Dogs” dan “Stranger Things”, Rosé  turut berjaya berdiri dalam senarai hebat tersebut.

VARIETY turut berkongsi satu falsafah yang senantiasa dipegang oleh Rosé sepanjang karier solonya yang dilancarkan pada 2021 iaitu “On The Ground”. Falsafah tersebut adalah,

Ada kalanya ia terasa seperti terlalu banyak tekanan, tetapi itulah yang mendorong kita untuk mencipta nafas baharu dan mendorong diri kita sendiri.

roseRosé turut berkongsi bahawa,

Saya sentiasa meneroka idea dan alunan bunyi muzik baharu. Ia berbeza daripada muzik BLACKPINK dan dalam erti kata lain, saya masih dalam proses untuk menentukan diri saya sendiri.

Wah, hebatnya penangan Rosé! Apa-apa pun tahniah buat kejayaan Rosé!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...